Aku baru saja terima emel ni. Daripada siapa tu aku terpaksa rahsia kan. Katanya orang ni, dia ada kisah tentang filem Anu Dalam Botol berkenaan Raja Azmi. Kenapa dia tak forward kan saja pada Raja Azmi? Barangkali Raja Azmi tak layan emel-emel macam ni kot? Harap kalo Raja Azmi baca blog tak seberapa ni haruslah komen ok?
SKYCREWZ.. saya ingin berkongsi perihal kontroversi Raja Azmi semasa penggambaran filem “Anu Dalam Botol” yang dianggap bakal meletupkan pawagan seluruh negara.
Sinopsis:-
Filem yang berkisarkan sebuah kisah cinta sejenis antara dua pasangan lelaki yang jatuh cinta antara satu sama lain dan demi cinta mereka, salah seorang daripadanya sanggup berkorban dengan membuat pembedahan pertukaran jantina yang akhirnya menimbulkan sebuah tragedi yang menyayat hati. Filem ini memaparkan konflik kehidupan penuh dramatik ini sebenarnya adalah sebuah kisah benar yang pernah berlaku dalam masyarakat Malaysia. Idea pemilihan jalan ceritanya tercetus oleh U-Wei Hj Shaari bersama Adlin Aman Ramlee.Semasa penggambaran disalah sebuah kondo di Bandar Tasik Permaisuri dari 23hb hingga 26hb Dec yang lalu, terdapat kekecohan yang ditimbulkan oleh Raja Azmi & krew2 penggambaran di kondo tersebut yg mendatangkan rasa marah & tidak puas hati penduduk kondo & pihak pengurusan. Nak diringkaskan, masalah yang berlaku antaranya ialah :-
1) Pihak produser & Raja Azmi dikenakan caj RM500 sehari untuk mengadakan set penggambaran di kondo serta menggunakan kemuhadan asas (kolam renang) namun Raja Azmi tidak puas hati akan caj yg dikenakan kerana katanya terlalu mahal. Alahai, kata filem box office nanti tapi takkan modal RM500 sehari pun mahal. Ini kira murah, setakat filem upin ipun pun modal lagi besar.
2) Raja Azmi cuma membayar RM500 untuk hari pertama penggambaran, tapi bayaran hari ke-2 tidak dijelaskan kepada pihak pengurusan. Raja Azmi & krew-krew berkeras juga membuat penggambaran di kolam renang namum dihalang oleh pihak pengurusan dgn bantuan sekuriti kondo berkenaan. Raja Azmi berkeras dan mengugut pihak pengurusan kondo akan mengadukan hal ini kepada org2 besar politik agar pihak pengurusan akan disaman sekiranya mereka tidak membenarkan krew2 nya menjalan kan penggambaran. Besar sgt kan kuasa Raja Azmi ni sampai nak libatkan menteri, org politik semua….?? Kalau dah takda duit, takkan ada duit nak saman menyaman orang lain? Baik duit tu pegi Slimming Santuary ka bagi body tu slim lagi…baru berbaloi-baloi…
3) Perjanjian dengan pihak pengurusan membenarkan penggambaran dibuat dari pukul 9 pagi hingga 5 petang, tapi Raja Azmi & krew2 melanggar peraturan & meneruskan penggambaran sehingga lewat malam. Pihak pengurusan menerima banyak complain penduduk dengan gangguan & haru biru krew2 yang ada di kawasan kondo. Krew2 juga tidak menghormati penduduk kondo & memaki hamun pihak sekuriti yang tidak bersalah & hanya menjalankan tugas.
Pesanan untuk Raja Azmi & kaum kerabat yang terlibat, kalau takda duit buat jealah shooting dekat rumah sendiri & jangan susahkan hidup masyarakat orang lain. JAGA BUDI PEKERTI orang melayu sebab malu dilihat orang melayu tiada adab didepan bangsa lain. JANGAN GUNAKAN POLITIK untuk kepentingan diri sendiri….cermin diri sendiri diri tu ada pengaruh atau tidak. Setakat filem gempak, bila keluar wayang panggung kosong, baik duduk rumah jaga anak & jaga laki sendiri. I bet you! Filem ini memang tak laku punya nanti…sebabnya pengarah dia Raja Azmi yg SYOK sendiri..
Ini adalah kes yang dilaporkan sendiri oleh pihak pengurusan kondo tersebut. Diharap SKYCREWZ dapat memaparkan kisah benar kisah Pengarah Raja Azmi yg hipokrit & pentingkan diri sendiri. Biar Masyarakat celik mata akan issue ini & marilah sama KITA BOIKOT ” ANU DALAM BOTOL”…. Kalau nak sokong filem PAPADOM ke, MUALAF ke…kita SOKONG!!!
Nota Tangan : Anu LAKI RAJA AZMI dalam botol
Wassalam…
Hamba Allah yang menegakkan kebenaran…
Bandar Seri Permaisuri, KL
*Kalau korang sume ada benda yang ingin dikongsikan, sila emelkan saje ke iklan@skycrewz.net ok



















12:36 am
best ke cite ni?? cam sogan je den nak nengok.. hahahhaha…