
Petang tadi aku dapat email daripada Sue Tan, seorang amoi kurus(bukan aku cakap, dia yang tulis dalam email hehe) dari Corporate & Branding, Samsung Malaysia Electronics (SME) Sdn Bhd. Dia kata Samsung ada buat blog event untuk tahun ni dan ingin menjemput aku untuk menyertai event ni. (kalo jemput tak perlu lah aku buat post ni huhu)
Tahun lepas, aku terpilih untuk menyertai Samsung – Tech Arp Blogger TT Session dan telah berpeluang untuk menjadi antara orang pertama menggunakan Mobile Blogging – Samsung SGH-L760. Walaupun tak berjaya untuk mendapatkan henpon itu secara percuma, tapi ok la dapat beli dengan harga RM300. Market price masa tu rm999.

Untuk event kali ini, aku diberitahu bahawa Samsung akan melancarkan henpon 8 mega pixel yang pertama di dunia iaitu Samsung INNOV8.

Jadi aku nak join event ni bukan sahaja untuk mendapatkan henpon Samsung INNOV8 serta menjadi antara orang pertama yang menggunakan henpon ini di Malaysia tapi untuk berjumpa dengan rakan-rakan blog yang lain. Ye la macam event dulu dapat kenal dengan Syed pemilik sirehdancengkeh.com, nicolekiss, SmashPop, Aprilcherrie, Goldfries moderator forum lowyat.net, pemilik Nuffnang? dan beberapa rakan lain.
Lagi pun aku teringin nak main game macam Amazing Race. Tak dapat satu asia, dapat main dalam KL dan Selangor pon jadi lah. Di tambah pulak guna GPS yang ada dalam Samsung INNOV8, pergh memang best. Lagilah best kalo dapat guna fungsi auto-panorama shot dengan kamera 8 Megapixel Samsung INNOV8 untuk ambil gambar menarik seperti bangunan Sultan Abdul Samad. Mana taknya 8 MP bersamaan dengan 3264×2448 pixels. Lubang hidung semut pon boleh nampak jelas. He Hee
Dan bukan itu saja, ayat ini juga menjadi penyebab untuk aku nak join event ni.
Hope you guys will send in your blog post and I really hope you will be selected and I will be able meet you again…
He Hee jangan marah ye Sue Tan.
P palang S: agak-agak korang(pengunjung blog SkyCrewz Network, manis tak ayat di atas? Ke nak kene tambah gula lagi? He Hee





















1:13 pm
Itu gambar event tahun lepas.