
Aku harap belum terlewat. Aku doa masih ada harapan. Aku terlihat poster kehilangan Nurin Jazlin Jazimin sewaktu membeli kueytiaw tomyam di Gerai tomyam thai. Aku tenung poster lama-lama. Aku kesal. Kesal sebab kes kehilangan kanak-kanak semakin menjadi-jadi. Kesal sebab manusia-manusia semakin jahat. Aku terbayang wajah adik-adik aku, adik-adik kepada sahabat-sahabat aku, anak-anak jiran aku. Aku takut! Minta dijauhkan dari sebarang kecelakaan ya Allah!
Aku sedih dekat ibu bapa dia terutama dekat mak dia sebab sambut birthday adik Nurin tanpa dia.Korang nak tahu birthday adik Nurin bile? Sama dengan birthday aku ( 11/9/1999 ).HAh!!!!!.Adakah lepas ni aku ( gelabah je mamat nie ) atau tarikh ini membawa 1001 makna kepada sesiapa yang lahir pada tarikh itu ( dramatik ini ) atau malapetaka.Pada mulanya aku percaya yang adik Nurin akan dijumpai dalam waktu terdekat. Kini dah masuk 23 hari( arie nie aku pos bende ni ) . Aku susah hati, keluarga dia apatah lagi. Kesian ibubapa dia. Tak dapat aku bayangkan sengsara mereka menerima dugaan Allah. Kepada Encik Jazimin sekeluarga, diharap bersabar dan redha yang semuanya ini terjadi dan akan berakhir dengan izin Allah…Sama-samalah kita mendoakan yang terbaik.
Walaupun ini bukan ruang blog pertama yang menguar-uarkan tentang kehilangan adik Nurin, tapi aku berharap sedikit sebanyak memberi exposure kepada kes tersebut.Kepada sesiapa yang berkemungkinan terlihat adik Nurin, bolehlah menghubungi: 019 - 366 7067 (JAZIMIN) / 013 – 248 6651 (YAN).
Renung-renungkan dan selamat Ramadhan.Ahlan Wasalam.