
Mengikut poll yang telah dijalankan, ramai user Skycrewz inginkan baju ini secara PERCUMA. Jadi nak kasi semua orang percuma, boleh botak jugak kepala. Hehehe
Oleh yang demikian, SkyCrewz Network telah mengambil kira kos upah + kos modal + kos penghantaraan + kos bulan madu dan macam-macam kos yang lain untuk memberikan beberapa helai baju kepada user SkyCrewz Network yang bertuah.
Bagaimana cara untuk mendapatkan nya??
1. Melengkapkan dialog yang sesuai di LINK ini. (2 baju ditawarkan)
2. Meninggalkan komen yang sangat bermakna di post ini. (2 baju ditawarkan)
3. Meninggalkan komen yang sangat bermakna di blog anda. (2 baju ditawarkan untuk pemilik blog sahaja)
4. User yang telah register dengan SkyCrewz Network akan di pilih secara rambang. (2 baju ditawarkan)
Syarat dan informasi:
Anda mestilah warganegara MALAYSIA yang mempunyai badan yang boleh muat saiz M dan TAK SUKA lengan panjang. Hanya seorang sahaja yang layak menerima untuk setiap cabaran(cabaran ke?). Orang yang sama tidak akan dilayan. Keputusan juri(walaupun tak pakai juri) adalah muktamad. Sebarang komen, surat menyurat bahkan email tidak akan dilayan. Sila pastikan anda memberikan email atau apa cara sekali pun untuk SkyCrewz Network menghubungi anda sekiranya anda adalah pemenang. Jika SkyCrewz Network tidak dapat menghubungi anda, hadiah akan dibuka kepada orang lain. Stok sangat terhad ini kerana “Limited Edition”. Kalau tak pastinya stok akan bersepah-sepah. Akhir sekali, hadiah tidak boleh ditukar dengan duit.
Sekian,
sky™
























No User Responded in " Dapatkan T-shirt Le Skycrewz Network Secara Percuma "
Leave A Reply Here