Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Masuk hari ni dah seminggu tak dapat nak update blog.  Sebelum apa-apa, SkyCrewz Network nak mintak maaf di atas segala kesulitan yang dihadapi (padahal tak sulit pun). Bukan sebab malas, tetapi terdapat beberapa perkara yang tidak dapat di elakkan. Kalau elak pun, pasti akan terjatuh dalam longkang juga.

Ceritanya bermula apabila telefon rumah tiba-tiba tiada bunyi, dengan sepantas kilat aku terus menyambar telefon bimbit dan mendail 100.  Nasib kurang baik sebab yang menjawab telefon tersebut adalah seorang jantan lelaki. Aku pun mula lah mereport masalah yang dihadapi.

Keesokkan harinya, seorang technician datang ke rumah. Setelah dia tengok² keadaan, dia cakap dia akan datang lagi esok untuk tengok pula kabel dalam bangunan. Sampai ke hari ni technician tersebut tak datang².  Aku geram, aku dail lagi 100 dan hari ni bernasib baik sebab awek yang jawab. He Hee..

Awek itu menjelaskan yang telah menerima beberapa punya banyak report daripada kawasan sekitar. 4 buah flat apartment sekitar taman aku juga menghadapi masalah yang sama. Puncanya di sebabkan kabel telefon dalam bangunan telah di curi. Terima Kasih pencuri! Lain kali buat lah lagi.

Yang seronoknya, kabel dalam bangunan bukan lagi menjadi masalah kepada telekom. Ini kerana yang akan menanggung kerugian dan menggantikan kabel tersebut adalah dari pihak maintenance bangunan. Jadi persoalan sekarang ni, aku pun tak pasti bilakah dieorang nak ganti kabel tu.

Dan yang terakhir sekali, papahal korang layan dulu entri² yang ada. Nanti internet dah kembali, aku juga akan kembali mengupdate blog!. He Hee