Ya berita gembira untuk kipas susah mati dan penggemar seni tanah air. Urbanscapes 2009 dibawakan oleh Xpax akan kembali menggegarkan KL Performing Arts Centre (KLPAC) pada 27 Jun 2009 ini. Aku pasti penggemar seni mahupun penggiat seni tidak akan terlepas untuk menyertai pesta yang mempunyai elemen-elemen seni yang kreatif seperti muzik, seni, filem, teater dan fesyen.

Urbanscapes 2009 - City’s All-Day Creative Arts Festival

Sedikit info berkenaan pesta Urbanscapes 2009 ini:

Tarikh: 27 Jun 2009
Masa: 12 Tengah Hari – 12 Tengah Malam
Tempat: Kuala Lumpur Performing Arts Centre (KLPAC)
Tiket Berharga: RM35 (Di Kaunter pada 27 Jun), RM25 (pra-jualan hanya boleh di dapati di KLPAC, Borders Bookstores dan Zouk Club, KL)
Di Bawakan Oleh Xpax

Apa yang menarik tentang Urbanscapes 2009 ini adalah anda sendiri berpeluang untuk menetapkan pertunjukkan pada pesta ini serta anda juga boleh menyertai acara yang telah di tetapkan. Salah satu acara yang bakal di adakan ialah The Xpax Lawn yang akan menampilkan beberapa artis seperti The Times, Yuna, Pop Shuvit, Gerhana Ska Cinta dan ramai lagi.

X-Lawn

X-Lawn

Tidak cukup dengan itu, Xpax selaku penaja bersama Urbanscapes 2009 bakal memberikan manfaat kepada semua pelanggan-pelanggan Xpax mahupun U.O.X. kerana Xpax/U.O.X. akan memberikan 2 tiket percuma kepada 200 orang pelanggan yang menambah nilai sebanyak RM30 di booth Xpax bersebelahan dengan kaunter tiket.

Untuk pelanggan Xpax/U.O.X. yang terlepas untuk mendapatkan tiket percuma, anda tidak perlu risau kerana anda juga boleh mendapatkan diskaun tiket sebanyak RM10. Cara mendapatkan diskaun adalah seperti berikut:

Pergi ke booth Xpax yang terletak bersebelahan dengan kaunter tiket untuk memastikan bahawa anda adalah pelanggan Xpax/U.O.X. Jika anda bukan pelanggan anda boleh mendaftar untuk menjadi pelanggan Xpax/U.O.X. dengan hanya menambah nilai RM10. Selepas itu mereka akan memberikan baucar diskaun kepada anda (Terhad 2 tiket untuk setiap pelanggan). Akhir sekali, sila tunjukkan baucar tersebut di kaunter tiket untuk mendapatkan diskaun.

Apa? Tiket free tak cukup? Xpax/U.O.X. memang dah agak jadi atas sebab itu lah hanya pelanggan Xpax/U.O.X. sahaja yang boleh menyertai pertandingan X Snaps. Apa itu X snaps? X snaps adalah pertandingan fotografi. Pertandingan ini terbuka kepada pelanggan-pelanggan Xpax/U.O.X. sahaja. Pertandingan ini akan di adakan dari 27 Jun 2009 hingga 11 Julai 2009.

advertorial Pesta Kesenian Untuk Orang Gila Seni Hanya Di Urbanscapes 2009

Nak tau maklumat mengenai pertandingan ini?? 2 cara untuk menyertai pertandingan ini iaitu semasa Urbanscapes 2009 dan juga selepas Urbanscapes 2009.

Semasa Urbanscapes 2009 :

  1. Ambil gambar semasa pesta ini menggunakan kamera atau telefon bimbit anda tetapi ingat, gambar tersebut mestilah mempunyai salah satu elemen Warna, Muzik, Fesyen dan juga Seni.
  2. Sila muat naik gambar tersebut dengan salah satu cara berikut:
    • Di 24hr KL booth
    • MMS ke 26388, info yang perlu diletakkan adalah Nama Foto tersebut, Elemen Foto dan Nama Penghantar sebagai contoh: Funky Stuff,fashion,Ali Ahmad
advertorial Pesta Kesenian Untuk Orang Gila Seni Hanya Di Urbanscapes 2009

X-Snaps

Selepas Urbanscapes 2009 :

  • Emelkan gambar ke xsnaps@xpax.com.my dengan menyertakan maklumat seperti Nama Foto, Elemen Foto, Nama Penghantar dan juga Nombor Telefon
  • MMS ke 26388, info yang perlu diletakkan adalah Nama Foto tersebut, Elemen Foto dan Nama Penghantar sebagai contoh: Funky Stuff,fashion,Ali Ahmad

Peserta juga boleh melayari laman WAP MeTV untuk melihat foto yang telah di muat naik. Ha puas dah aku cerita pasal pertandingan sekarang nak cerita pula pasal pengerasnya. He Hee

Pemenang akan menerima sebuah telefon bimbit Nokia N97 berserta percuma selama setengah tahun (RM150 x 6 bulan) kredit masa berbual Xpax/U.O.X. Hu Huu banyak bukan? Kalau dapat boleh share airtime RM30 kat aku. He Hee.. Pemenang akan diadili oleh panel juri dan salah satu pemenang untuk setiap elemen-elemen Warna, Fesyen, Muzik dan juga Seni.

Untuk maklumat lanjut, sila layari Urbanscapes 2009 dan Xpax. Jumpa anda kat sana ok?

The Citys All-Day Creative Arts Festival

The City's All-Day Creative Arts Festival