Salam Hormat Untuk Semua Pelanggan Linux 4,

Server Linux 4 boleh diakses sekarang (4PM / 17/01/2008) setelah perbincangan dengan pihak DataCenter untuk UNBLOCK IP Server Linux 4.

Kenapa Server Linux 4 Di Block?
Kami mendapat info dari datacenter pada sebelah pagi tadi berkaitan kenapa server kami diblock (IP). Ini kerana aktiviti pelanggan kami (homebis2u.com) yang membuat aktiviti phishing dan spamming.

Kenapa tidak info kepada kami?
Datacenter tidak maklumkan kepada kami. Jadi kami tiada maklumat kenapa server down sehinggalah kami menghubungi sendiri pihak datacenter, dan mengatakan server kami diblock. Sepatutnya adalah tanggungjawab DataCenter memaklumkan kepada kami terlebih dahulu dan sekiranya tiada tindakan dari kami, baru datacenter berhak block server kami.

Kesulitan ini amat dikesali dan kami memohon sepuluh jari memohon kemaafan. Dugaan ini adalah satu cabaran bagi kami bagi meneruskan bisnes hosting.

CGY Hosting Network Sdn. Bhd.