Kepada Pak Lah… PM kesayangan ku
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Pak Lah kerana menaikkan harga minyak. Selepas ini apabila harga minyak naik, harga barang yg lain akan naik. Saya akan merubah tabiat saya dari makan ikan kembung yg dah merah mata dan pecah perut kepade ikan kering sahaja. Saya sanggup berkorban untuk UMNO dan BN.
Anak saya yangg seramai 5 orang itu boleh bekerja selepas waktu sekolah untuk membantu keluarga dan meneruskan tradisi menyokong UMNO dan BN. Saya akan merubah bilik-bilik yang ada di rumah saya untuk dijadikan tempat menternak ikan dan menanam sayur secare hidroponik. Saya terpaksa tanam dalam bilik kerana saya duduk dekat rumah flat.
Rebet yang diberikan kepada saya memang melebih dari keperluan saya. Apabila saya congak, saya hanya menggunakan 20 sen saja duit minyak motor sehari. Ada untung 21 sen. Saya tak pakai pon kete sebab bile minyak naik saya kene jual Datsun kotak mancis saya. Dapat gak duit. Anak-anak saya, saya akan suruh eksesais setiap hari dengan berjalan kaki atau naik beskal ke sekolah. Sejauh 5 KM walaupon saya berpendapatan RM 1000, ia terlebih cukup untuk keluarga saya.
Buat permulaan untuk merubah kehidupan saya, saya tidak akan menggunakan gula, tak akan menggunakan tepung untuk buat jempot-jempot. Akan menggantikan beras ngan ubi. Setiap hari saya dan keluarga akan berpuasa (kecuali pade hari hari yg dilarang ajerk). Saya akan buat minyak masak sendiri itu antara care saya merubah hidup.
Ade banyak lagi care semuanya kerana UMNO dan BN. Dan saya ingin meminta Pak Lah supaya menaikkan lagi harga minyak yg ade. Bukan tu ajerk, diminta menaikkan lagi harga tol kerana org sebelah rumah saya nih orang pembangkang. Dia selalu ikut highway, bior padan ngan muke
dia.
Mungkin Pak Lah boleh melawat saya dan bersedekah kepade saya sehelai kain pelikat dekat-dekat pilihanraya nanti. Insyaallah kain pelikat itu saya akan framekan dan gantung dirumah. Tapi jangan lupa Pak Lah tandatangan yerk..! Jgn lupe Pak Lah, naikkan lagi harga minyak. Jgn turun kan gaji menteri-menteri dan tuan penasihat 25%.
Saya tetap akan menyokong Pak Lah. Akhir kata bior Pak Lah senang, janji kami susah. Hidup UMNO, hidup BN.
Sekian, terima kasih.
p palang s: sampaikan salam saya pada KJ dan Patrik Badawi dan tak lupe gak tuan punya Syarikat Scomi.
pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.



















8->
>:)
:x :-)>
:(...
15 Users Responded in " Surat Seorang Rakyat Malaysia Kepada Perdana Menteri "
sayaaaaaaaaaaaang pak lah!!! pe lagik. pasni kita undi lagi umno dan bn. dieorang naikkan harga pe plak pastu.
Gelak nak pecah perut aku baca surat nie. Harap2 surat tu berbalas la.. hahaha
hahahah…lawak giler surat ni..huhu…tajam menusuk kalbu o…betul lah biar lah pak lah sekeluarga senang…kami susah xper…takkan BN hilang d dunai..
hidup pak dolah…hidup khairy…wopps…!!!
alamak terlbeih sudah..Zass…
aduh3…senang cakap pm yang naikkan harga minyak..awak tak belajar ker?…kt ni ikt harga dunia..negara2lain..dah naik terlebih lagi dari negara kita..so nak wat mcm mna lg…bsyukurlah apa yang ada skrang ni…suru pak lah..turunkan gaji menteri2 kabenit baru …yang gaya mcm kebudak2an tu..baru share bayar subsidi minyak negara..
brilliant! genius!
assalamualaikum… ya allah… kepada semua manusia yang berfikiran seperti penghantar surat ini, biorlah sedor2 sikit.. malaysia menaikkan harga minyak bukan untuk kepentingan sendiri.. harga minyak mentah dinaikkan disebabkan oleh kenaikan harga minyak DUNIA!!! let me repeat.. kenaikan harga minyak DUNIA!!! astargfirallah.. walaupu saya salah seorang daripada rakyat BIASA malaysia, saya juga sedar akan kesulitan yang berlaku nie… so, jangan lah kita asyik menyalahkan orang lain… tepuk dada, tanya selera… si pak lah tujadi menteri sebab beliau LAYAK!!! kalau macam tu, KO LAYAK KE JAD PM.. aku tak kate yang aku layak.. tapi, kita jangan lag berbalah…
disini ada sedikit pesanan kepada semua pembaca mahupun rakyat malaysia atau pun tidak… beringat2 ingat lah… setiap kali kita tersalah step dalam meneraju kerajaan kita, kita akan tersungkur untuk selama lamanya!!! beringat ,k ! jangan nak menyalahkan orang.. lebih baik kita berfikir JALAN PENYELESAIAN ATAU CARA UNTUK MEMBAIKI NYA!! BUKAN BERBALA ANTARA SATU SAMA YANG LAIN….
huhu, singgah juga cybertroopers umno kat blog aku..
sokong anynomous….
1 dunia rase pasal kenaikan hage minyak ni…bukan kite aje…so stop salahkan orang tertentu…perbaiki diri sendiri dulu lebih baik dari dok salahkan org lain je…kalau semua org cuba betulkan diri sendiri dulu, maka amanlah dunia ni..
hrm..kalo kat oversea, or negara lain..bila harga pasaran minyak pasaran naik,definitely harga akan naik, however bila harga pasaran turun..harga minyak pun turun..huh..concern kan government dorang? takle naaaaaaikkk jer
haru betui baca surat nie….
tapi “sangkut”lah bila roll ke bawah ada jugak manusia yg buta tuli pasal kewangan negara.
Lu fikirlah sendiri.. ada ker kerajaan fikirkan tentang rakyat pasal ko ker.. mungkin ko anak org kaya… duit bertimbun… “aiman tak kisah”…
Adios… oppss dengar2 minyak2 nak turun…. betui ker…. huhuhu….. itu perangkap samar nak tackle rakyat….. nak kata sikit ” gue tak layan dahhhh”…
kan? Orang banyak duit mmg tak banyak pk pasal orang tak banyak duit..kan kan?
alahai..mana der yang perfect .alahai si pembangkang pun rasanya mampu ke nak ubah keadaan ni.
yang depa sibuk nak jadi PM.pastu nak turun minyak 50sen..tu pun perangkap gak..apa nak kata dah dia pun asal kapal yang sama.
Aduhai andai kata tersebut kerajaan baru..makmur kah kita..kita boleh try seperti mana dah yang dapat di negeri Pakatan Rakyat.
tunggu le tengah bulan sembilan ni..kan ker ada ura2 peralihan kuasa.
masa tu kita ramai2 mintak depa turun rega minyak..tol..tepun gandum..gula..minyak masak..susu tepung..cili kering…dan apa aje le yang mengenyangkan perut.
hu5..
subsidi tuh patutnye kerajaan tak bagi kat semua org.
kerajaan bagi kat golongan yang berpendapatan rendah.. bukan yang gaji die puluhan ribu 1 bulan.. itu satu perkara yang kerajaan kene amik kira. lagi satu, efektif ke bagi subsidi dengan duit??? x tau ke, yang kbanyakan dpt subsidi tuh bukan gune untuk minyak.. gune utk shopping ade laa.. so, alternatifnya… bagi le kupon ke.. pe ke… kupon x bole tuka dengan duit kan.. alhamdulillah hrge minyak da turun.. ade hikmahnya hrge minyak naik… yang x reti2 gune public transport tuh, blaja2 le ye.. lagi best dr gune kete… yang gune kete janganle pasang aircond slalu.. kurg pcemaran udara. jgn lupe jimat elektrik yee…. so, jimatle pe yang ade untuk generasi yg akan datang…
aslm pak lah apa org kata tentang pak lah kena sabar dan terima,bukan salah pak lah mana2 negara pun megalami kemelesetan yg lebih teruk dari malaysia.cuma saya berharap bantuan kewangan yang telah ditetapkan oleh pihak baitumal di naikan kepada yang berpendapatan rm1300 sebulan kerana saya selaku yang menanggung keluarga amat tak mencukupi,duit simpanan langsung tiada habis2 tanggung keluarga ini pula barang naik,saya amat risau..pak lah kena ingat kemudahan yang berkerja di bawah kerajaan byk kemudahan berbanding swasta arap bonus pun tiada.kalau cuti gaji di potong suka ati aje…kajaan 2 dapat la dikurangkan bonus ka,alaun ka,kami pun bayar cukai,bayar kos2 lain yang menyalur kepada suruan kerajaan,tpi tiada yang feadah kami dapat,byangkan kwan saya yang kerja d bawah kerajaan dapat elaun keta,rumah,cuti bergaji,kami swasta tak da kemudahan seperti itu pak lah.harap bantuan baitumal meka ckap saya tak layak,nak minta bantuan perkahwinan pun meka kata tak layak,pak lah ini la situasi nasib org yang tidak berkeja di bawah kerajaan…org kerajaan bayar cukai apa2 la meka dapat balik duit meka,tolong la pak lah harap bantuan baitumal dapat di naikan kepada yang berpendapatan rm1300 sebulan,kerana saya penanggung adik beradik yang bersekolah,bayar kos letrik air rumah barang dapur lagi demi keluarga kepentingan sendiri di abaikan,saya tetap sokong pak lah,kena percaya diri sendiri pak lah, kena berani buat keputusan.masih ramai yang sokong pak lah arap pak lah boleh fahami masalah saya dan rakyat yang lain dan yang lebih susah dari saya k aslm
Leave A Reply Here