APM atau Anugerah Planet Muzik tahun ini akan berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Malaysia yang setelah sekian lama berlangsung di Singapura. Anugerah ini adalah untuk artis-artis daripada Malaysia, Singapura dan Indonesia. Antara anugerah yang paling berprestij di dalam APM adalah Anugerah Lagu Terbaik.
Anugerah ini sering menjadi dominasi daripada artis-artis Indonesia, tetapi pada tahun ini, Malaysia yang diwakili oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin akan berentap dengan lagunya Menanti Pasti yang di petik daripada album “Kayangan The Soundtrack” terbitan Raden Pictures Sdn. Bhd.
Mari dengarkan klip video eksklusif Menanti Pasti yang di ambil daripada laman rasmi mereka di www.kayangan.com.my
Klip video di atas adalah untuk tujuan promosi sahaja. Anda boleh dapatkan Kayangan The Soundtrack secara online di laman rasmi mereka.
Lagu Menanti Pasti juga akan dipertandingkan di Anugerah Industri Muzik yang ke 15 yang bakal berlangsung pada 5 Mei ini di PWTC. Marilah mengamati lagu-lagu daripada Kayangan The Soundtrack dengan mendapatkannya di kedai-kedai muzik berhampiran atau terus dari Raden Pictures dengan menghubungi 03 – 2710 1133.























semoga berbahagia higga ke anak cucu