Ning Baizura telah melamar Nubhan untuk bernaung di bawah syarikat miliknya, Artiste United Records. Lamaran itu menjadi kenyataan apabila majlis menandatangani kontrak kerjasama di antara Maestro Records & Talents dan Artiste United Records diadakan pada 16 Julai 2008. Nubhan menjadi artis Ning Baizura untuk tempoh kontrak selama tiga tahun dan menjadi artis lelaki pertama di bawah Ning Baizura selepas Nikki dan Yanie.


[sila klik image untuk paparan yang lebih jelas]
Gambar di atas dirakamkan ketika majlis menandatangani kontrak kerjasama di antara Maestro Records & Talents dan Artiste United Records.
Sumber: ManggaOnline





















